Saturday, August 29, 2009

Ramadan Datang Lagi





Diriwayatkan oleh Ibnu Majjah, Daripada Abu Hurairah;
RAsulullah bersabda yang bermaksud:
"Sesiapa yang berpuasa RAMADAN dengan penuh keimanan dan keikhlasan, nescaya akan diampuninya segala dosanya yang telah lalu"..


Alhamdulillah Ramadhan kini menjelma lagi... syukur pada ALLAH sbab kte masih ditemukan lagi dgn bulan yang mulia ni..
ingat lagi indahnye Ramadan mase kecik2 dulu.. kalau dlu para ibu bapa nak sruh anaknye berpuasa, mesti bg upah atau syarat, mcm klau x puasa xboleh raya ataupun sehari puasa dapat seringgit, hmm.. mcm2 lg la.. yang penting bdk2 kecik msti minat dgn twran ni dan berpuasa... tp klau yang degil tu, degil gak, nak sruh puasa bukan main liat, yang curi2 makan pun ade gak smpai snggup masuk bilik air minum air paip..hehe..

tu mase kecik2 dlu.. tp skrang da besar, da pndai fikir sendiri mane baik, mane bruk... klau nak rase nikmatnye Ramdhan mesti puasa..
tp penulis xfhm orang2 yg x puase ni especially orang2 muda yang masih bertenaga ni..
pnah sekali penulis dtg kat satu cc ni.. klau xsilap hari ke4 umat Islam berpuasa.. penulis nmpak seorang remaja lelaki ni tgh main counter strike smbil hisap rokok.. bkannye tmpat yang trtutup, tp mmg terbuka.. klau orang lalu lalang pun bleh nmpak,, nak ckp bukan islam, islam.. penulis mmg kenal btol dgn remaja ni... xckup dgn tu, boleh pulak kwn sebelah die pun tumpang sekaki.. isk3.. ble ade kwn lain die tegur, bkannye nak malu, bleh lg gelak ketawa mcm puasa ni main2 bg die.. ape nak jd la kat remaja zaman sekarang ni??! akhlak hancur!
Dalam hal ni sape yang perli dipersalahkan? ibu bapa?? masyarakat?? atau remaja tu sendiri yang x fhm bahasa... tepuk dada tanya iman la saudara...



Dapatkan Mesej Bergambar di Sini


SELAMAT MENUNAIKAN IBADAH PUASA =)

Sekian lama menyepi..

Da lame x tulis blog..

masih berkira2 nak tulis pasal ape..
bukannya seorang yang pndai menulis meluahkan pendapat.. sekadar ingin menjdikan ini sebagai hobi yang baru..

maybe perlu mula balik semula... huh..

Sunday, April 12, 2009

"Kalau kamu melihat seseorang berbudi luhur, berusahalah menyamai kebaikannya dan jikalau kamu bertemu seseorang berbudi rendah, periksalah dirimu sendiri"

Semaikanlah Islam di hati,
Tanamkan iman nan suci,
Bajai taqwa setiap hari,
Berbuahlah bahagia hakiki.

Saturday, April 4, 2009

Cinta dan Impian

Tika mata
Diuji manisnya senyuman
Terpamit rasa menyubur harapan

Dan seketika
Terlontar ke dunia khayalan
Hingga terlupa singkat perjalanan
Tersedar aku dari terlena
Dibuai lembut belaian cinta

Rela aku pendamkan
Impian yang tersimpan
Enggan ku keasyikan
Gusar keindahannya
Merampas rasa cinta
Pada Dia yang lebih sempuna

Bukan mudah
Bernafas dalam jiwa hamba
Dan ku cuba
Menghindarkan pesona maya
Kerna tak upaya ku hadapinya
Andai murka-Nya menghukum leka

Diatas nama cinta
Pada yang selayaknya
Kunafikan yang fana
Moga dalam hitungan
Setiap pengorbanan
Agar disuluh cahaya redha-Nya


Biar sendiri hingga hujung nyawa
Asal tak sepi dari kasih-Nya
Kerna sesungguhnya hakikat cinta
Hanya Dia yang Esa

Saratkan hati ini dengan cinta hakiki
Sehingga ku rasai
Nikmat-Nya
Syurga-Nya
Cinta-Nya

Cinta, "dari mata jatuh ke hati", "tak kenal maka tak cinta", "cinta itu buta"..pelbagai konotasi-konotasi yang biasa kita dengar berkaitan dengan cinta..terlampau banyak! menunjukkan bahawa manusia begitu mementingkan dan mengagung-agungkan perasaan ini.. Cinta memang tidak dinafikan bisa memberikan rasa gembira dan bahagia dalam diri seseorang. Apabila mula dilamun cinta, hati mula berbunga-bunga, riangnya tak terkata, kadangkala ada yang tak ingat dunia. nantikan sambungannya..

Bicara Kata

Sabda Rasulullah yang bermaksud, "Berkatalah perkara yang baik atau diam sahaja"

Dari bahasa dikenal bangsa,
Budi elok pekerti dipuji,
Hati bersih dibawa bicara,
Tutur nan kata jernih bererti...

Pembuka kata tidaklah seindah bahasa.
Sekadar perkenalkan diri sebagai Mohd Alias Bin Ahmad Kassim.
Seorang remaja biasa yang menuai cita-cita di Sekolah Dato' Abdul Razak yang tercinta..
Masih lagi teruna yang tidak belum bersedia mengejar cinta yang pada masa remaja ini adalah dusta semata..

eh,maaf lari sikit dr tajuk..hehe.. tujuan publish blog ni pun saje2 je.. mungkin ada sesuatu yang boleh diungkapkan kerana tajuk blog ni pun Tinta Atmaku yg bermaksud, tinta: tulisan dan atma: jiwa.. kendatipun maksud sebenarnya adalah tulisan luahan hati ini... hehe..
jadi, bugarlah hati ini andai saudara saudari penggemar blog sekalian akan tersenyum setelah membaca blog ini....

Assalamualaikum pembuka bicara,
Menuai ukhuwah membaja pahala,
Kepada saudara saudari pembaca,
Semoga gembira sentiasa...